Pemuda mengaku salah 4 pertuduhan ‘sentuh’ budak perempuan

27 Oct 2026 • 1:42 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pemuda mengaku salah 4 pertuduhan ‘sentuh’ budak perempuan

KUALA TERENGGANU – Seorang pemuda mengaku bersalah atas empat pertuduhan seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Tertuduh berusia 20 tahun membuat pengakuan tersebut selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli.

Berdasarkan pertuduhan pertama, pemuda itu didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan cara memegang alat sulit mangsa yang ketika itu berusia 12 tahun satu bulan di sebuah rumah di Kampung Sura Tengah, Dungun pada pukul 2 pagi, Mac 2023.

Tertuduh turut didakwa melakukan perbuatan sama terhadap mangsa yang ketika itu berusia 12 tahun enam bulan di lokasi sama pada pukul 2 pagi, Jun 2023.

Bagi pertuduhan ketiga, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan memegang alat sulit mangsa yang ketika itu berusia 13 tahun lima bulan di lokasi sama pada pukul 8 pagi, Jun 2024.

Bagi ketiga-tiga pertuduhan tersebut, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Dia turut didakwa melakukan amang seksual bukan fizikal dengan menunjukkan alat sulitnya kepada mangsa sama yang ketika itu berusia 14 tahun lapan bulan di lokasi sama pada pukul 3 pagi, 31 Oktober 2025. – KOSMO! ONLINE

The post Pemuda mengaku salah 4 pertuduhan ‘sentuh’ budak perempuan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved