Pemuda Palestin, Yazan Khasib ditembak di Tebing Barat

20 Mar 2023 • 10:30 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

image is not available

RAMALLAH: Seorang pemuda Palestin ditembak mati oleh pendudukan israel di pintu masuk utara ke bandar Ramallah, Tebing Barat yang diduduki.

Menurut Kementerian Kesihatan, pemuda yang dikenali sebagai Yazan Omar Khasib, 23 itu meninggal dunia akibat kecederaannya tidak lama kemudian.

Ambulan dan kakitangan perubatan Palestin dihalang oleh tentera israel ke tempat kejadian di mana Yazan Khasib dilaporkan cedera. Mayat Khasib telah ditahan oleh tentera pendudukan israel selama hampir dua jam, sebelum mayat itu diserahkan kepada pihak Palestin.

Jenayah israel terbaharu menjadikan jumlah rakyat Palestin yang dibunuh oleh penjajah israel sejak awal tahun ini kepada 89, termasuk 17 kanak-kanak dan seorang wanita tua.

Hampir 150 rakyat Palestin terbunuh di Tebing Barat dan timur Baitulmaqdis pada 2022, menjadikannya tahun paling maut di kawasan tersebut sejak 2004.

image is not available

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

ATAU menerusi

Akaun Maybank

Tabung Kemanusiaan MAPIM (Dana MAPIM):
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia