Wanita Bakar Motosikal Direman Tiga Hari

LocalPolitics
27 Dec 2024 • 5:36 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang wanita direman tiga hari susulan satu video tular memaparkan tindakannya ‘naik minyak’ disyaki membakar sebuah motosikal selepas kenderaan itu mahu ditarik di Jalan Masjid, Pokok Assam, Taiping, semalam.

Menurut laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail mengesahkan perintah reman wanita berusia lingkungan 40-an itu dikeluarkan pada pagi tadi.

Direman Tiga Hari

image is not available

Foto: Carian Google

Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita tersebut ditahan polis kerana disyaki membakar sebuah motosikal jenis Honda RSX di hadapan sebuah gerai di Pokok Assam.

Difahamkan kejadian berlaku apabila beberapa individu dipercayai penarik kenderaan ingin menarik motosikal terbabit kerana terdapat tunggakan selama 20 bulan bernilai lebih RM6,000.

Tindakan ‘kurang bijak’ wanita terbabit mengundang padah apabila dia ditahan polis mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api.

image is not available

Foto: Carian Google

Terdahulu, tular di media sosial dua rakaman video berdurasi sekitar seminit memaparkan seorang wanita bertindak menyimbah cecair disyaki petrol ke atas sebuah motosikal sebelum membakarnya.

Difahamkan kejadian berlaku setelah wanita itu enggan memberi kerjasama kepada penarik kenderaan yang ingin menarik motosikal terbabit kerana berdepan tunggakan yang dibeli atas nama anaknya.

Sumber: Berita Harian (Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi)