Pemuda UMNO Terengganu mahu rundingan dengan Pas dibuka

LocalPolitics
10 Sep 2026 • 7:56 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pemuda UMNO Terengganu mahu rundingan dengan Pas dibuka

KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO Terengganu mencadangkan supaya ruang perbincangan antara UMNO dengan Pas di negeri itu dibuka.

Ketua Pemudanya, Tengku Haphiz Tengku Putera berkata, cadangan berkenaan perlu dipertimbangkan selepas UMNO mencuba beberapa pendekatan politik yang tidak menghasilkan kemenangan di Terengganu.

“Kita sudah cuba dengan PH, tetapi gagal. Kita sudah bergerak solo, tetapi tidak berjaya.

“Bagaimana hari ini? Apa salahnya kita membuka sedikit pintu untuk berbincang,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar Ketua Pemuda UMNO pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO, di sini hari ini.

Menurut Tengku Haphiz, kesukaran UMNO Terengganu untuk mengadakan perbincangan dengan Pas tidak sepatutnya menyebabkan ruang rundingan terus ditutup.

“Saya percaya langkah tersebut mampu menguatkan semula UMNO serta memulihkan maruah parti di Terengganu,” katanya. – UTUSAN

The post Pemuda UMNO Terengganu mahu rundingan dengan Pas dibuka appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved