
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 32 tahun dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan dikenakan dua sebatan kerana berulang kali mengambil syabu.
Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan menjatuhkan hukuman itu terhadap Marknerolaki Bindami yang mengaku bersalah atas pertuduhan dihadapinya pada Jumaat.
AdvertisementDia didapati mengambil dadah jam 2.05 petang pada 25 Mei 2023 selepas ujian air kencingnya didapati positif dadah di balai polis di sini.
Marknerolaki mempunyai dua rekod sabitan lampau kerana mengambil dadah.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39C(1) Akta Dadah Berbahaya itu membawa hukuman penjara antara lima hingga tujuh tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.
Mahkamah memerintahkan Marknerolaki menjalani hukuman penjara dari tarikh dia ditangkap.
AdvertisementSelepas selesai menjalani hukuman, Marknerolaki diperintahkan diletakkan di bawah pengawasan polis selama tiga tahun.
Semasa mitigasi, Marknerolaki yang tidak diwakili, memohon hukuman ringan dengan alasan dia mempunyai keluarga untuk dijaga.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Shaferrah Mad Iskim meminta mahkamah mengenakan hukuman pencegahan kerana Marknerolaki sudah berulang kali mengambil dadah.
Di mahkamah berasingan, enam individu dijatuhi hukuman penjara kerana melakukan kesalahan imigresen.
Mereka adalah Masir Gastar Alam, Farmina Sahidjuan, Zulkifli Abdul, Arnold Dinlasa, Abdul Han Binajak dan Arnalin Boni.
Masir dipenjara enam bulan kerana tinggal lebih masa di negeri ini selama tiga bulan selepas pas lawatan sosialnya tamat pada 30 Okt 2024 dan dia ditahan pada 7 Feb tahun ini di sebuah rumah sewa di Tuaran.
Farmina dijatuhi hukuman penjara 10 bulan kerana memasuki negeri ini dan masuk semula secara haram selepas dia dihantar pulang ke negara asalnya.
Sementara itu, yang lain dihukum penjara empat bulan setiap seorang kerana memasuki negeri ini tanpa sebarang dokumen yang sah dan mereka ditahan oleh pihak imigresen selepas gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri di lokasi berbeza di Kudat, Sepanggar, Kota dan Penampang pada Februari tahun ini.
Keenam-enam mereka diperintahkan dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas selesai menjalani hukuman penjara untuk tindakan lanjut.


