
Kota Kinabalu: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan dikenakan sekali sebatan kerana mengambil syabu secara berulang.
Samson Gunsalam mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz, kepada pertuduhan terhadapnya pada Isnin.
Dia didapati mengambil dadah itu pada 11 Mei 2022 selepas air kencingnya disahkan positif dadah di balai polis di sini. Samson mempunyai beberapa rekod sabitan kerana mengambil dadah.
Kesalahan mengikut Seksyen 39C (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 itu memperuntukkan hukuman penjara antara lima dan tujuh tahun, dan sebat, jika sabit kesalahan.
SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more Mahkamah memerintahkan Samson menjalani hukuman penjara dari tarikh dia ditangkap.
Selepas hukuman penjaranya selesai, Samson diperintahkan untuk diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
