[VIDEO] Langit Klang bertukar gelap

LocalEnvironment
5 Nov 2026 • 4:35 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Langit Klang bertukar gelap

PETALING JAYA – Langit di sekitar daerah Klang, Selangor bertukar gelap seakan-akan bakal dibanjiri hujan lebat apabila awan hitam tebal menyelubungi ruang udara, petang ini.

Keadaan itu menarik perhatian pengguna media sosial yang berkongsi pemandangan berkenaan menerusi platform Threads.

Menerusi hantaran akaun @Woshidakache, pengguna berkenaan menggambarkan suasana di Klang ketika itu seolah-olah bandar Gotham City yang sering dikaitkan dengan suasana gelap dalam filem adiwira Batman.

“Klang at this hour (Klang pada waktu ini) Gotham City,” tulisnya.

Hantaran tersebut turut mendapat perhatian pengguna lain yang berkongsi pandangan mengenai keadaan cuaca berkenaan.

Seorang pengguna Threads @mizzurey, menyifatkan keadaan awan yang gelap itu seolah-olah menandakan hujan bakal turun tidak lama lagi.

“Gelapnya awan, tunggu masa nak turun je tu,” katanya.

“Kalau lebat lagi, banjir lagi kawasan sini (Klang), Shah Alam…harap hujan lalu sahaja,” kata @Mikiy.

“Langit KL (Kuala Lumpur) pun tak gelap, guruh berapa kali sudah,” kongsi @mdft_p.

Keadaan cuaca itu juga selari dengan ramalan Jabatan Meteorologi yang menjangkakan ribut petir di sekitar Lembah Klang pada sebelah petang dan malam ini. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] Langit Klang bertukar gelap appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved