
Pelakon jelita dan usahawan terkenal, Fazura sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila menghadiri majlis resepsi mewah Luna Maya dan Maxime Bouttier yang berlangsung di Jakarta, Indonesia, baru-baru ini.
Majlis kali ini diadakan secara lebih terbuka, berbeza dengan akad nikah dan resepsi pertama pasangan selebriti Indonesia itu yang berlangsung secara tertutup.
Penampilan Fazura undang perhatian netizen
Menerusi Tiktok, Fazura tampil anggun dan memukau dalam busana formal dengan gaya berhijab yang menonjolkan sisi elegan dan eksklusif.
Dia masuk dewan senyum, jalan penuh keyakinan. Fazura ni memang lain dari yang lain.
Kalau korang tengok ruangan komen, ramai netizen dari Malaysia dan Indonesia yang mengagumi aura bintang pelakon dan usahawan itu.
Sentiasa jaga penampilan, ada kelas tersendiri

Bukan tu jer, ada juga yang memuji sikap Fazura yang bukan sahaja menjaga penampilan, malah turut menjaga tingkah laku dan imejnya sebagai seorang selebriti, isteri, ibu serta usahawan berjaya.
Dia always happy, tak kacau orang dan buat hal sendiri. Love Fazura.
Fazura ni memang kelas tersendiri. Nampak mahal tapi tak berlebih-lebih.
Pssttt! Menjadi selebriti bukan sekadar cantik di mata, tapi juga beradab dan bermaruah. Seperti Fazura, biarlah cantik luar dan dalam.
Kredit: Tiktok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
The post
appeared first on
.


