Netizen Tergamam Dengan Penampilan Intan Najuwa Yang Didakwa Makin Seksi

EntertainmentLifestyle
27 Aug 2025 • 12:29 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia intan Najuwa

Pelakon popular, Intan Najuwa sekali lagi mencetuskan perhatian apabila gaya pemakaiannya menjadi topik hangat di media sosial.

Baru-baru ini, seorang pengguna di platform Threads meluahkan rasa terkejut dengan penampilan Intan yang disifatkan semakin berani dan seksi.

Siapa rasa Intan Najuwa makin cekci? Tak buka atas, buka bawah. Kalau tak buka, ketat macam bungkus badan. Aku yang perempuan tengok pun gulp, kalau lelaki tengok? Nak impress siapa tak tahu.

Netizen berbelah bahagi

image is not available

Kenyataan tersebut pantas mengundang pelbagai reaksi. Ada yang bersetuju dengan pandangan itu dan menganggap Intan semakin terbuka dalam pemakaian, namun ada juga yang tampil mempertahankannya.

Bagi mereka, fesyen adalah hak individu dan Intan berhak menentukan apa yang mahu digayakan tanpa perlu terlalu dikritik.

Bukan kali pertama Intan Najuwa undang perhatian

image is not available

Ini bukan kali pertama Intan berdepan kontroversi fesyen. Sebelum ini, beberapa busana yang digayakan aktres berusia 27 tahun itu juga pernah mengundang pelbagai reaksi netizen.

Namun begitu, setiap kali timbul isu sebegini, nama Intan pasti kembali trending dan menjadi buah mulut ramai.

Pssttt! Fesyen adalah pilihan peribadi, tapi ingat, setiap penampilan pasti datang dengan pandangan orang ramai. Jadi, bijaklah seimbangkan gaya dengan imej diri.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.