Penampilan Tasha Shilla Buat Netizen Kurang Senang, Tapi Ada Yang Puji Macam Shilpa Shetty

28 Jun 2025 • 4:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Video memperlihatkan penampilan pelakon Tasha Shilla yang memakai gaun putih di akaun TikTok miliknya menarik perhatian netizen.

Tegur imej seksi

Tasha yang memakai gaun putih seksi menampakkan bahagian belakang badannya mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya menegur imej aktres itu.

Rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang melihat pemakaian Tasha yang sudah bergelar isteri dan ibu kepada dua orang anak.

 

“Iran kat sana berperang kak… kak kat sini pakai lagu itu.

 

“Kecewa.

 

“Lama tak keluar, sekali keluar… Astaghfirullah hal adzimm. Sedih saat dunia dah hujung kewujudannya,” komen beberapa netizen.

 

Bagaimanapun terdapat netizen yang memuji pelakon berusia 38 tahun itu kelihatan seperti aktres Bollywood iaitu Shilpa Shetty.

@tashashillaofficial You worth it. @NYLA HAIR CARE BEAUTY ♬ som original - Nico News