Penangan Andai Tiada Dia, Syamel & Ernie Zakri Pun Tak Sabar Tunggu Next Episod - “Geram nya!!!”

8 Nov 2024 • 7:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penangan terhadap drama Andai Tiada Dia ternyata cukup memberi impak kepada penonton. 

Syamel & Ernie pun tengok

Malah, drama tersebut juga berjaya menarik perhatian pasangan penyanyi popular, Syamel dan Ernie Zakri.

Menerusi komen yang ditinggalkan di salah satu hantaran akaun Instagram @bambam_studios, dapat dilihat Syamel meluahkan rasa keterujaannya untuk menantikan episod seterusnya.

“Yang ditunggu-tunggu, jumpa minggu depan Falah (karakter yang dipegang Zahiril Adzim),” tulisnya. 

Komen yang ditinggalkan pelantun lagu Hidup Dalam Mati itu juga menerima respons daripada pelakon, Ummi Nazeera yang memegang watak sebagai Suri.

“Syamel, aww, you tengok ke,” tulis Ummi. 

“Tak pernah miss setakat ini, kan @erniezakri” balas Syamel.

image is not available

Dama adaptasi daripada novel 'Andai Tiada Dia' karya Rissa Ahdiya  ini memaparkan kehidupan pasangan suami isteri yang sedang bergelut dengan dilema dan cabaran dalam usaha untuk mendapatkan anak. 

Drama terbitan Global Station ini diarahkan oleh Riza Baharudin. 
 

Drama ini dibintangi oleh pelakon hebat seperti  Ummi Nazeera, Hisyam Hamid, Mimi Lana dan Zahiril Adzim. 

Jangan lupa saksikan Andai Tiada Dia setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot MegaDrama saluran Astro Ria (saluran 104). 

Anda juga boleh tonton menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box, Astro GO, dan sooka.

Daftar sekarang untuk tawaran masa terhad Astro Baharu, JUALAN JIMAT BESAR dengan harga serendah RM41.99/sebulan serta pemasangan percuma*. Nikmati hiburan terbaik, dalam satu tempat! Layari astro.com.mybagi info lanjut untuk melanggan