Penangan Ayam Hutan, Cermin Van Pun Boleh Pecah

9 Jul 2026 • 11:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

Penangan Ayam Hutan, Cermin Van Pun Boleh Pecah

image.png

Satu klip video tular di media sosial yang menunjukkan seorang pemandu terkejut besar apabila seekor seekor  ayam  hutan secara tiba-tiba merempuh  cermin hadapan van yang dipandunya sehingga pecah.

Video yang dimuat naik di laman Facebook oleh @Hanafi memaparkan detik seekor ayam dipercayai terbang melintas jalan sebelum menghentam cermin hadapan van dengan kuat sehingga mengakibatkan cermin berkenaan retak dan pecah.

Menerusi kapsyen hantaran itu, dia meluahkan rasa syukur kerana masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan meskipun berdepan insiden yang hampir mengundang padah.

“Allah masih berikan kesempatan. Video ini tengah rakam aku, tiba-tiba jadi macam ini,” katanya.

Untuk makluman anda, ayam hutan mampu terbang pantas seperti burung kerana ia tidak seperti ayam yang dibela.  

Terdapat 4 jenis kesemua ayam hutan di Malaysia iaitu ayam hutan merah (Gallus gallus), ayam hutan Sri Langka (Gallus lafayetii), ayam hutan kelabu (Gallus sonneratii) dan ayam hutan hijau (Gallus varius).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved