Penantian 15 Tahun Berakhir, Pasangan Dikurniakan Cahaya Mata Hasil IVF Tajaan TAFF

LocalFamily & Parenting
13 Jan 2026 • 2:05 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Penantian 15 Tahun Berakhir, Pasangan Dikurniakan Cahaya Mata Hasil IVF Tajaan TAFF

KUANTAN, (Bernama) — Penantian selama 15 tahun sepasang suami isteri untuk mendapatkan cahaya mata berakhir apabila bayi sulung hasil rawatan persenyawaan tabung uji (IVF) tajaan Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) selamat dilahirkan pada Jumaat lepas.

Kesultanan Pahang menerusi hantaran Facebook hari ini memaklumkan, pasangan Abdul Aziz Abd Halim dan isterinya Noor Hamira Mohd Sani dikurniakan bayi lelaki seberat 2.97 kilogram yang diberi nama Mikhael dan dilahirkan dalam keadaan sihat.

“Kegembiraan sama turut dikongsi Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang berkenan berangkat melawat ibu dan bayi di Hospital Selayang, semalam,” menurut hantaran itu.

Hantaran itu memaklumkan, Tunku Azizah kelihatan begitu ceria meluangkan masa bertemu Mikhael yang juga bayi ke-150, yang dilahirkan sejak TAFF ditubuhkan pada 2004.

“Untuk rekod, TAFF yang diasaskan atas inisiatif Tengku Ampuan Pahang telah menaja rawatan kesuburan kepada 553 pasangan suami isteri di seluruh negara, yang berdepan kesukaran mendapatkan cahaya mata,” menurut hantaran itu.

BACA: “Hadiah Paling Bermakna…” Dr. Akmal Sebak Terima Tawaran Haji
BACA: Pelancong Kongsi Makanan ‘Berbahaya’ Di Malaysia, Ramai Yang Setuju
BACA: Buat Tempahan Sejak 2010, Pemilik Kedai Terima Stok Telefon Nokia ‘Purba’ Pada 2026

Sumber: Bernama

The post Penantian 15 Tahun Berakhir, Pasangan Dikurniakan Cahaya Mata Hasil IVF Tajaan TAFF appeared first on Siakap Keli.