Penantian 61 tahun untuk geran tanah berakhir

30 Aug 2024 • 4:08 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

PENAMPANG: Penantian penduduk Kampung Talungan, di sini, selama 61 tahun untuk memiliki geran tanah kini berakhir dengan pelancaran penyukatan tanah di bawah Program Perkhidmatan Tanah Adat Negeri Sabah (Pantas) di kampung itu.

Penduduk turut merakamkan penghargaan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick atas usaha beliau merealisasikan impian mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg Togudon Lidan Galasun berkata:

“Sudah bertahun-tahun kami tunggu, pemimpin kampung dan kerajaan negeri silih berganti tetapi permohonan kami tidak pernah berjaya. Tetapi Ewon berjaya menyelesaikannya dalam tempoh tidak sampai lima tahun.

SPONSORED CONTENT Hajiji says young business professionals' inputs needed to develop Sabah Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said he welcomed inputs from young business professionals to assist in policy formulation. Read more “Dengan adanya geran tanah ini, ia akan memudahkan kami mendapatkan pelbagai bantuan daripada kerajaan,” katanya.

Bekas Ketua Kampung Kg Togudon Gukim Gosuit berkata, permohonan penyukatan tanah di kampung itu dikemukakan sejak bertahun-tahun lamanya namun tidak berjaya.

“Pada persediaan menghadapi pilihan raya umum (PRU) 2022, antara isu utama yang kami kemukakan untuk diselesaikan oleh wakil rakyat yang kami pilih ialah pemilikan tanah.

“Syukur kepada Tuhan, terima kasih kepada kerajaan negeri terutamanya kepada Ewon kerana usaha beliau, akhirnya penyukatan tanah di kampung kami dilaksanakan melalui Program Pantas. Inilah yang kami tunggu-tunggu selama ini,” katanya.

Seorang lagi penduduk Kampung Togudon, Rita Manuel turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Ewon atas kesungguhan beliau membantu penduduk kampung.

“Semasa perbincangan mengenai penyukatan tanah di kampung kami, saya masih ragu-ragu kerana saya tidak mahu diberikan harapan palsu. Tetapi hari ini selepas pelancaran penyukatan tanah, ia memberikan kepercayaan dan keyakinan serta harapan besar kepada kami.

“Kami telah menunggu penyukatan dan geran tanah sejak dahulu lagi dan hari ini satu sejarah kepada penduduk kampung yang bakal menerima geran tanah masing-masing tahun depan.

“Terima kasih atas komitmen Ewon dan kerajaan negeri yang amat prihatin terhadap masalah dan keperluan penduduk kampung,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Julianus Thomas berkata, kata-kata semangat Ewon semasa melawat kampung itu kini menjadi kenyataan.

“Saya amat gembira kerana kata-katanya itu menjadi satu berkat kepada penduduk kampung pada hari ini,” katanya.

Sementara itu, Ewon berkata, pelancaran penyukatan tanah di bawah Program Pantas Kg Togudon itu merupakan hadiah terbaik sempena sambutan Hari Malaysia tahun ini.

Beliau berharap penyukatan tanah di bawah Program Pantas, yang pertama dilaksanakan di Penampang, akan diteruskan di kampung lain.

“Selaku wakil rakyat Penampang, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang bersetuju melaksanakan Program Pantas di sini.

“Penyukatan tanah ini melibatkan keluasan 982 hektar ataupun sekitar 2,400 ekar, yang dipohon kira-kira 500 penduduk yang selama ini menantikan pemilikan tanah selepas kampung ini wujud sejak 1920an.

“Penyukatan tanah dijangka selesai pada Mei 2025 dan geran-gerannya dijangka siap menjelang hujung tahun hadapan,” katanya.

Ewon yakin, dengan adanya pemilikan geran tanah, ia akan memberikan manfaat kepada penduduk kampung, termasuk memudahkan mereka menerima bantuan kerajaan dalam pertanian dan keusahawanan.

Beliau berkata, sebagai anggota kabinet kerajaan persekutuan, beliau akan memastikan Program Pantas diteruskan dalam Rancangan Malaysia ke-13 (2026-2030).

“Saya telah membangkitkan perkara ini semasa perbincangan Pelan Transformasi Agenda Ekonomi Bumiputera yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri beberapa minggu lepas, dengan menyatakan pentingnya pemilikan tanah kepada pembangunan masyarakat Bumiputera, khususnya anak negeri di Sabah.

“Kabinet telah merekodkan pandangan saya dan saya akan terus berjuang supaya dalam RMK-13, peruntukan yang bersesuaian itu dapat disalurkan kepada Kerajaan Sabah, khususnya kepada Jabatan Tanah dan Ukur,” katanya.

Ewon berkata, beliau akan memohon kepada Ketua Menteri Sabah serta Jabatan Tanah dan Ukur supaya penyukatan tanah di bawah Program Pantas turut dilaksanakan di kampung lain di Penampang, terutamanya kawasan yang berkecerunan tinggi.

“Ini juga antara tuntutan rakyat Penampang dan selaku wakil rakyat, menjadi tanggungjawab saya untuk menjadi sebahagian daripada penyelesaian masalah ini,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.