Penantian puluhan tahun berakhir

LocalPolitics
30 Oct 2025 • 1:25 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAMBUNAN: Menarik nafas lega apabila penantian berpuluh tahun mereka untuk memiliki jambatan baharu akhirnya menjadi kenyataan.

Selepas pelbagai usaha dan permohonan yang dikemukakan sejak sekian lama pembinaan Jambatan Sungai Monsok Ulu di kilometer 4.5 Jalan Monsok Ulu, Tambunan kini sedang giat dijalankan.

Kelulusan projek tersebut tercapai hasil rundingan dan kerjasama rapat antara Ahli Parlimen Keningau Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan bersama Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) serta Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Tambunan.

Projek pembinaan jambatan yang bernilai hampir RM7.5 juta itu telah dimulakan pada 27 Mei 2025 dan dijangka siap sepenuhnya pada 26 Ogos 2026.

Apabila siap kelak jambatan tersebut dijangka akan memberi manfaat besar kepada lebih 500 penduduk setempat serta kawasan sekitarnya.

Kemudahan terbabit bukan sahaja memudahkan penduduk kampung untuk mengeluarkan hasil pertanian ke pasaran malah turut membantu mereka berurusan ke bandar Tambunan bagi keperluan harian seperti ke pejabat kerajaan, klinik, hospital, sekolah dan lain-lain.

Menurut Pengerusi  Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Monsok Ulu Kennedy Martin berkata projek terbabit merupakan hasil usaha gigih dan keperihatinan Dr Jeffrey yang sentiasa mendengar suara rakyat.

 “Kami amat berterima kasih atas usaha beliau yang tidak pernah jemu memperjuangkan kemudahan asas untuk rakyat Tambunan.

“Penduduk sebelum ini terpaksa berdepan kesukaran untuk menyeberangi sungai terutama ketika musim hujan yang sering menyebabkan laluan tidak dapat dilalui dengan selamat.

“Apabila jambatan ini siap kelak ia bukan sahaja memudahkan pergerakan malah meningkatkan keselamatan serta ekonomi penduduk kampung,” katanya.

Kennedy turut menambah bahawa projek sama juga sekali gus memastikan masyarakat di pedalaman tidak ketinggalan dalam arus pembangunan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved