Dunia tarian balet digemparkan dengan pemergian seorang penari terbaik, Vladimir Shklyarov selepas dilaporkan meninggal dunia pada Sabtu lalu. Menurut laporan The Guardian, Shklyarov dilaporkan maut selepas terjatuh dari bangunan lima tingkat, umum wakil daripada rumah opera, The Mariinsky Theatre di St. Petersburg, Rusia. 
Wakil The Mariinsky Theatre, Anna Kasatkina menerusi perkongsian di Instagram memberitahu kematian penari balet berusia 39 tahun itu tidak mempunyai unsur jenayah.
“Kami kehilangan permata yang sangat berharga di Mariinsky Theater,” ujar Kasatkina.

Foto: Instagram @anatolistavrov

Foto: Instagram @vladimir_shklyarov
The post Penari Balet Terkenal Vladimir Shklyarov Maut Terjatuh Balkoni appeared first on Borak Daily.



