“Semua di situ minta teruskan..” – Rafidah Ibrahim nafi selit politik ketika himpunan Zara Qairina

LocalPolitics
17 Aug 2025 • 5:11 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kecoh di media sosial semalam apabila selebriti, Rafidah Ibrahim menerima kecaman netizen susulan ucapannya ketika hadir ke himpunan solidariti Allahyarham Zara Qairina yang berlangsung di Sogo, Kuala Lumpur.

Difahamkan, beberapa netizen meluahkan rasa kesal terhadap ucapan Rafidah kerana mendakwa pelakon berusia 39 tahun itu menyelitkan agenda politik ketika memberi ucapan.

Ramai berpendapat ia tindakan yang tidak sensitif memandangkan himpunan tersebut dianjurkan sebagai tanda solidariti terhadap mangsa.

image is not available

Rafidah Ibrahim nafi selit politik ketika himpunan Zara Qairina

Tidak mendiamkan diri, Rafidah tampil memberi penjelasan menerusi satu hantaran di Instagram Story hari ini dengan menyatakan solidariti #JusticeForZara berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

“Sampaikan semua di situ minta untuk diteruskan lagi walaupun dah sampai penghujung,” tulisnya.

image is not available

Menerusi hantaran itu, Rafidah seolah-olah mahu menjelaskan bahawa orang ramai bersetuju dengan ucapan yang disampaikan pada malam berkenaan sekali gus menolak tuduhan kononnya beliau membuat kesalahan.

image is not available

Malah, beliau turut menegaskan supaya individu yang tidak hadir ke himpunan solidariti tersebut berhenti menyebarkan fitnah tidak benar yang boleh menjejaskan tujuan asal program berkenaan.