“Penat Sangat Kot” – Tindakan Lelaki Tertidur Dalam Kereta Di Tengah Jalan Raya Undang Pelbagai Reaksi [Video]

LocalEntertainment
10 Dec 2024 • 12:40 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Setiap pengguna jalan raya sering kali dinasihatkan agar sentiasa mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

Bukan itu sahaja, pengguna khususnya pemandu perlu sentiasa fokus dan peka bagi mengelakkan daripada berlakunya kejadian yang tidak diingini seperti kemalangan.

Oleh sebab itulah, banyak promosi atau iklan yang sering menyarankan agar pengguna berhenti terlebih dahulu jika mengantuk kerana keadaan sedemikian boleh menyebabkan seseorang hilang tumpuan ketika memandu.

Pun begitu, ada individu yang terpaksa meneruskan perjalanan walaupun dalam keadaan sedemikian hingga kadangkala tindakan itu boleh menyusahkan pengguna yang lain.

Lelaki Tertidur Dalam Kereta Di Tengah Jalan Raya

Semalam (9 Disember), tular di media sosial seorang lelaki dilihat tertidur dalam sebuah kereta betul-betul di lorong tengah jalan raya.

Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang pengguna di TikTok @jaizahir, kelihatan lelaki berkenaan dilihat tertidur di tempat duduk pemandu dalam sebuah kereta jenis Perodua Myvi.

Apa yang menjadi perhatian adalah walaupun telah dikejutkan beberapa kali oleh individu lain di situ dengan mengetuk tingkap kenderaannya, lelaki berkenaan tetap tidak sedarkan diri.

Dakwa pengguna itu, dia telah mengejutkan lelaki berkenaan hampir lima minit dalam kejadian yang berlaku di Jalan Klang Lama.

“Tidur dalam kereta. Hampir lima minit nak kejutkannya. Rekod video baru bangun,” tulis pengguna berkenaan di ruang kapsyen.

Melalui perkongsian itu, dapat dilihat suasana jalan yang sesak akibat daripada tindakan lelaki tersebut.

Namun, di akhir video berkenaan dapat dilihat lelaki berkenaan terjaga dari tidurnya dan mengangkat tangan kepada mereka yang mengejutkannya dari tidur.

@jaizahir

TIDUR DALAM KERETA 😴 HAMPIR 5 minit nak kejutkan nya 🙄 Rekod video baru nak bangun #fyp #tidur #sleep

♬ original sound – JaiSpirit – JaiSpirit

Ramai Persoal Tindakan Lelaki Tertidur Dalam Kereta Di Tengah Laluan Jalan Raya

Video yang telah mendapat lebih 365,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Kesemua mereka mempunyai pendapat masing-masing apabila melihat kejadian berkenaan.

Ada yang mendakwa pemandu itu dalam keadaan mabuk, ada juga yang merasakan dia mengalami microsleep ketika memandu.

Namun, ada juga yang berpendapat kemungkinan pemandu berkenaan sebebarnya penat bekerja atau mempunyai masalah kesihatan hingga menyebabkan dia tertidur dalam kenderannya itu.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Pagi-Pagi Mabuk Ke?”

image is not available

“Bersangka Baik. Mungkin Terlalu Letih, Mungkin Sakit, Mungkin Kesan Ambil Ubat”

image is not available

“Gara-Gara Sebotol Minuman”

image is not available

“Saya Tak Rasa Dia Sengaja Tertidur Dalam Kereta Tengah-Tengah Jalan, Mesti Sebab Kesihatan”

image is not available

“Tunang Saya Pun Pernah Tertidur Time Drive Macam Ni, Bukan Sebab Mabuk Tapi Dia Baru Habis Kerja 24 Jam”

image is not available

Source: