Penceramah Bebas Biadab, Malukan & Gelar Penjual Minuman Di Majlis Agama Bo*oh

4 Dec 2024 • 10:50 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Platform media sosial Indonesia sejak beberapa hari lalu hangat membincangkan sikap penceramah bebas yang kini memegang peranan sebagai Utusan Khusus Presiden, Miftah Maulana Habiburrahman atau Gus Miftah yang disifatkan angkuh dan biadab.

Kritikan yang datang dari pengguna media sosial itu terjadi selepas video Gus Miftah mempermalukan seorang penjual air teh atau minuman di sebuah majlis menjadi tular.