Perkongsian di media sosial mengenai dakwaan seorang penceramah dan motivator cuba mendekati pelajar sekolah mencetuskan perhatian ramai selepas beberapa pengguna tampil berkongsi dakwaan serta tangkap layar komunikasi yang didakwa berkaitan individu berkenaan.
Menerusi beberapa hantaran di Threads, seorang pengguna mendakwa terdapat individu bergelar motivator yang mempunyai kelakuan tidak sesuai terhadap golongan bawah umur.
Antara dakwaan yang dikongsikan termasuk cubaan mendekati pelajar sekolah serta penggunaan panggilan “s*gar” dalam komunikasi yang didakwa berlaku.

Seorang lagi pengguna turut mendakwa pernah menerima perkongsian daripada individu yang mendakwa menjadi mangsa tingkah laku s*ksual tidak wajar beberapa tahun lalu.
Bagaimanapun, dakwaan tersebut masih belum disahkan dan kesahihan tangkap layar serta cerita yang dikongsikan di media sosial juga belum dapat dipastikan.
Caprice Cuba Dapatkan Maklum Balas PDRM, Kementerian Pendidikan
Dalam perkembangan berkaitan, penyanyi dan pempengaruh Caprice difahamkan sedang cuba mendapatkan reaksi serta maklum balas daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Pendidikan berhubung dakwaan yang sedang tular itu.
View this post on Instagram
Usaha tersebut dilihat penting bagi mendapatkan penjelasan daripada pihak berautoriti, khususnya memandangkan dakwaan yang dikongsikan melibatkan pelajar sekolah dan golongan bawah umur.
Sebelum ini, Caprice juga pernah mendedahkan dakwaan berkaitan salah laku seksual melibatkan golongan bawah umur yang kemudiannya mendapat perhatian pihak berkuasa. Dalam satu kes pada 2025, polis mengesahkan menerima laporan dan menjalankan siasatan selepas dakwaan mengenai amang seksual terhadap seorang kanak-kanak didedahkan di media sosial.
Netizen Minta Dakwaan Disiasat
Perkongsian berkenaan turut mengundang pelbagai reaksi netizen yang meminta sebarang dakwaan melibatkan keselamatan pelajar tidak dipandang ringan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Ayah Rasa Sangat Keseorangan Sekarang" - Marina Kongsi Keadaan Terkini Tun Mahathir Selepas Kehilangan Isteri Tercinta
The post Penceramah Bebas Didakwa ‘Sentuh’ Pelajar Sekolah, Ramai Mangsa Tampil Dedah Bukti Perbuatan Keji – “Nak ** Lama-Lama Sampai Terangkat” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






