Semua program melibatkan seorang penceramah bebas yang didakwa berkelakuan tidak wajar ketika mengendalikan program bersama murid di sekolah telah diarahkan dihentikan serta-merta.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, arahan itu dibuat susulan beberapa dakwaan yang sedang tular di media sosial membabitkan penceramah berkenaan.
AdvertisementMenurut Fadhlina, dakwaan yang dibangkitkan dipandang serius kerana melibatkan aspek keselamatan serta perlindungan murid.
Beliau berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga telah diminta mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara tersebut.
“Saya mengambil maklum beberapa dakwaan yang sedang tular di media sosial melibatkan seorang penceramah bebas yang pernah mengendalikan program bersama murid di sekolah.
“Dakwaan yang dibangkitkan adalah serius kerana melibatkan keselamatan dan perlindungan murid. Saya telah meminta Kementerian Pendidikan mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Minta individu yang ada maklumat tampil buat laporan polis
Dalam masa sama, Fadhlina turut menyeru mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan dakwaan berkenaan supaya tampil membuat laporan kepada pihak polis.
Menurutnya, laporan kepada pihak berkuasa amat penting bagi memastikan kanak-kanak yang terlibat mendapat perlindungan serta sokongan sewajarnya.
“Buat masa sekarang saya telah mengarahkan semua program melibatkan penceramah bebas berkenaan dihentikan serta-merta bagi memberi ruang kepada siasatan penuh dilaksanakan,” katanya.
Fadhlina turut menegaskan keselamatan murid perlu dipandang serius dan tidak boleh dikompromi.
Arahan menghentikan program itu dibuat sementara pihak berkaitan mendapatkan maklumat lanjut dan memberi ruang kepada siasatan penuh berhubung dakwaan yang sedang tular.
Caprice sebelum ini gesa pihak berkaitan beri perhatian
Sebelum ini, penyanyi rap dan personaliti media sosial, Caprice turut menggesa pihak berkaitan memberikan perhatian segera terhadap dakwaan kelakuan tidak wajar membabitkan seorang motivator yang dikatakan terlibat dalam program di sekolah.
Menerusi satu hantaran di media sosial, Caprice berkongsi rakaman perbualannya bersama seorang individu yang menceritakan pengalaman serta maklumat berkaitan lelaki berkenaan.
Caprice turut menegaskan bahawa sekolah sepatutnya menjadi tempat selamat untuk pelajar, selain memaklumkan pihaknya sedang membantu menghimpunkan maklumat daripada individu yang mendakwa menjadi mangsa.
“Sekolah sepatutnya selamat daripada orang-orang macam motivator itu. Pihak kami tengah bantu kumpulkan semua mangsa, insya-Allah,” katanya.
Dalam hantaran sama, Caprice turut menandai akaun Fadhlina serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mendapatkan perhatian pihak berkenaan terhadap dakwaan tersebut
Setakat ini, dakwaan berhubung penceramah terbabit masih dalam perhatian pihak berkuasa dan KPM sedang mendapatkan maklumat lanjut. Identiti individu yang terlibat juga wajar dielakkan daripada dianggap bersalah selagi dakwaan tersebut belum diputuskan melalui siasatan atau proses undang-undang.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Penceramah Bebas Didakwa 'Sentuh' Pelajar Sekolah, Ramai Mangsa Tampil Dedah Bukti Perbuatan Keji - "Nak ** Lama-Lama Sampai Terangkat"
The post Dakwaan Penceramah Bebas Berkelakuan Tidak Senonoh Tular, Fadhlina Arah Semua Program Dihentikan Serta-Merta first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






