Guru Tegur Murid Guna Bahasa Indonesia Dalam Karangan BM Raih Perhatian [Video]

7 Jul 2025 • 10:37 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Karangan merupakan antara komponen yang diajar dalam subjek Bahasa Melayu di kebanyakan sekolah di Malaysia.

Ia penting bagi membantu pelajar membina dan mengukuhkan penggunaan Bahasa Kebangsaan sekaligus melatih mereka untuk berfikir secara kreatif mengikut situasi.

Kebiasaannya, idea yang diperolehi dalam menghasilkan karangan yang terbaik adalah melalui pemerhatian atau pembelajaran dari sekeliling antaranya seperti apa yang didengar dan ditonton mereka.

Namun, tidak semua perkara yang dilihat oleh murid sesuai untuk digunakan ketika membuat karangan dalam Bahasa Melayu lebih-lebih lagi semasa peperiksaan.

Guru Tegur Murid Guna Perkataan Bahasa Indonesia Dalam Karangan

Baru-baru ini, tular di media sosial teguran seorang guru Bahasa Melayu tentang penggunaan bahasa dalam karangan pelajarnya.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @cikgugja, pengguna yang merupakan seorang guru dari sekolah rendah di Negeri Sembilan itu menegur segelintir muridnya yang dilihat menggunakan perkataan dari bahasa negara seberang.

Ini kerana dia mendakwa terjumpa perkataan bahasa Indonesia sewaktu menyemak karangan pelajarnya itu.

“Perkataan yang cikgu jumpa ‘merencanakan’, ‘berencana’, ‘rumah sakit’, ‘teman’.

“Memangla dalam Bahasa Melayu ada perkataan ‘teman’ tapi penggunaan yang lebih sesuai adalah ‘kawan’.

“‘Kami pergi berkelah bersama kawan-kawan, rakan-rakan’. Ini bersama ‘teman-teman’. Nampak sangat dia guna bahasa Indonesia.

“Banyak cikgu jumpa dalam kalangan awak ni,” katanya sambil menunjukkan kertas karangan yang disemaknya dipercayai kertas peperiksaan pertengahan tahun.

Tegur Murid Kurangkan Menonton Konten Indonesia, Turut Minta Kerjasama Ibu Bapa Untuk Mengawal

Pada masa yang sama, guru berkenaan turut memohon agar muridnya itu mengurangkan menonton konten atau video dari Indonesia yang dilihat boleh mempengaruhi penggunaan bahasa seharian itu.

Malah, dia juga meminta bantuan ibu bapa untuk mengawal apa yang ditonton oleh anak agar perkara sebegitu tidak berulang lagi.

“Cikgu bebel bukan suka-suka. Tolong ya ibu bapa. Pantau konten yang anak-anak tengok.

“Sebab sekarang karangan murid penuh perkataan macam, ‘berencana’, ‘teman-teman’, ‘rumah sakit’. Apa yang mereka tengok, itulah yang mereka tulis,” tulisnya diruangan kapsyen.

Perkongsian Bukan Untuk Menghina, Hanya Mahu Murid Menggunakan Bahasa Melayu Dengan Betul

Jelas guru itu di ruangan komen, perkongsian video berkenaan bukanlah untuk menghina bahasa Indonesia.

Sebaliknya, dia mahu murid menggunakan Bahasa Melayu dengan betul mengikut silibus pendidikan yang ditetapkan.

“Ramai murid terpengaruh dengan konten luar, jadi ini cuma peringatan mesra untuk ibu bapa untuk bantu pantau dan bezakan penggunaan bahasa ikut situasi.

“Maaf kalau ada yang tersinggung. Niat saya cuma nak mendidik dengan kasih,” jelasnya.

image is not available

@cikgugja

Cikgu bebel bukan suka-suka 😢 Tolong ye ibu bapa… Pantau konten yang anak-anak tengok. Sebab sekarang karangan murid penuh perkataan macam : berencana, teman-teman, rumah sakit… 😩 Apa yang mereka tengok, itulah yang mereka tulis.

♬ original sound – Cikgu Gja – Cikgu Gja

Tonton video penuh [DI SINI]

Pengguna Media Sosial Beri Pelbagai Reaksi Terhadap Teguran Guru

Video yang telah mendapat lebih 2.5 juta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, masing-masing mempunyai pendapat tersendiri mengenai teguran guru tersebut.

Rupanya, ramai juga individu yang berhadapan dengan situasi sama apabila ada pelajar yang menggunakan bahasa Indonesia ketika sesi pembelajaran.

Namun, ada pula segelintir netizen yang merasakan guru tersebut tidak sepatutnya merakam dan menjadikan ia sebagai konten di media sosial.

Pun begitu, ada yang berpendapat perkongsian guru tersebut bagus untuk ibu bapa tahu situasi berkenaan.

Untuk info, animasi tempatan Upin Ipin popular di Indonesia sehingga ada Ketua Komisi Penyiaran di negara itu yang menggelarnya sebagai alat propaganda yang positif dari Malaysia.

Ini kerana ia diangkat sebagai salah satu kaedah dalam mempromosikan budaya dan imej Malaysia sebagai negara yang berbilang bangsa dan agama.

Ini antara komen pengguna TikTok:

“Betul Cikgu, Sama Dengan Murid Saya, Banyak Terpengaruh Bahasa Indonesia, Sakit Kepala Baca Karangan Mereka”

image is not available

“Lain Macam Cikgu Sekarang, Semua Benda Nak Record Masuk Media Sosial”

image is not available

“Bagus Cikgu Ini Rekod & Post Bukan Nampak Muka Murid Dia Pun, Biar Ibu Bapa Dekat Luar Tahu Yang Benda Macam Ini Boleh Bagi Kesan Dekat Anak Diorang”

image is not available

“Saya Pernah Jumpa ‘Kelinci’, Rasa Nak Flip Meja”

image is not available

Source: