Penceramah Bebas Mohd Kazim Elias Masuk ICU, Mohon Doa Orang Ramai

LocalHealth & Fitness
15 Apr 2026 • 11:58 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

image is not available

KUALA LUMPUR – Penceramah bebas terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim dilaporkan kini berada dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital.

Perkembangan itu dimaklumkan menerusi satu video yang dimuat naik oleh pentadbir Facebook rasmi miliknya.

Dalam video berkenaan, Ustaz Kazim dilihat berada di atas katil hospital sambil ditolak oleh jururawat menuju ke ICU.

“Minta doa semua buat kesihatan beliau,” tulis kapsyen ringkas yang dikongsikan oleh admin.

Keadaan Kesihatan Belum Didedahkan

Terdahulu, Ustaz Kazim turut berkongsi sekeping gambar yang memaparkan dirinya berada di atas kerusi roda, namun tidak memperincikan keadaan sebenar kesihatannya.

Sehingga kini, tiada maklumat lanjut didedahkan berhubung punca beliau dimasukkan ke ICU.

Orang ramai dan para pengikutnya terus membanjiri ruangan komen dengan doa serta harapan agar beliau segera diberikan kesembuhan.

Ustaz Kazim merupakan antara penceramah bebas yang dikenali ramai di Malaysia dengan pendekatan dakwah santai dan bersahaja, selain aktif berkongsi ceramah agama serta motivasi melalui pelbagai platform media sosial. – The Malaysian Update

The post Penceramah Bebas Mohd Kazim Elias Masuk ICU, Mohon Doa Orang Ramai appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved