Ustaz Kazim Elias Dimasukkan Ke ICU

LocalHealth & Fitness
15 Apr 2026 • 11:19 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Ustaz Kazim Elias Dimasukkan Ke ICU

Ustaz Kazim Elias Dimasukkan Ke ICU

Penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim kini berada dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital.

Menerusi video yang dikongsikan admin di Facebook miliknya, Ustaz Kazim dilihat sedang berada di atas katil dan ditolak masuk ke ICU oleh jururawat.

"Ustaz Kazim masuk ICU, mohon doa semua buat kesihatan beliau - AdminDUKE," tulis kapsyen di video itu.

Terdahulu, Ustaz Kazim turut memuat naik sekeping gambar yang menyaksikannya sedang duduk di atas kerusi roda.

Baca juga:

"Doakan saya," katanya.

Image from: Ustaz Kazim Elias Dimasukkan Ke ICU
Kredit: Dato' Ustaz Mohd Kazim Elias

Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai keadaan kesihatannya tidak didedahkan.