Pencinta Haiwan ‘Naik Angin’ Lihat Ameera Khan Beri Kucing Makan Coklat, Tuan Badan Beri Penjelasan

28 Aug 2026 • 12:43 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Selebriti media sosial, Ameera Khan menerima kecaman daripada wargamaya selepas tindakannya membiarkan kucing peliharaannya menjilat coklat mencetuskan kebimbangan ramai.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Ameera atau lebih mesra disapa LMK dilihat sedang menikmati pencuci mulut yang mempunyai taburan coklat sebelum kucing peliharaannya mula menjilat coklat pada sudu berkenaan.

Advertisement

ameera khan

Apa yang mencuri perhatian, Ameera dilihat tidak menghalang kucing tersebut dan membiarkannya menjilat makanan itu beberapa kali.

Perkongsian berkenaan kemudian mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang mempersoalkan tindakan Ameera memandangkan coklat diketahui boleh memudaratkan kucing.

View this post on Instagram

Menjawab kebimbangan orang ramai, adik kepada usahawan dan selebriti, Noor Neelofa itu menjelaskan bahawa kucing peliharaannya hanya mengambil coklat dalam kuantiti yang sangat sedikit dan berada dalam keadaan baik.

Ramai yang agak risau tentang kucing saya dan saya faham. Tapi dia cuma makan sedikit sahaja coklat dan alhamdulillah, keadaannya baik-baik sahaja.

Menurut Ameera, kucingnya juga sudah menunjukkan minat terhadap coklat dan aising sejak kecil, namun dia menegaskan makanan tersebut tidak diberikan secara kerap.

Ameera khan

Dia sudah suka coklat sejak masih kecil lagi, pelik juga sebab dia juga sangat suka aising. Tapi jangan risau, saya tak beri selalu. Dia cuma kucing kecil yang pelik dengan selera yang agak mencurigakan.

Dalam pada itu, wargamaya mengingatkan supaya pemberian coklat kepada kucing dielakkan kerana ia mengandungi bahan seperti theobromine dan kafein, yang boleh menjadi toksik kepada haiwan berkenaan bergantung pada jenis coklat dan jumlah yang dimakan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: Pencinta Haiwan ‘Naik Angin’ Lihat Ameera Khan Beri Kucing Makan Coklat, Tuan Badan Beri Penjelasan2026-08-27 16:05:50

Guru Mohon Bantuan Titi Untuk Ke Sekolah, Respon Pantas Fadhlina Sidek Jadi Tumpuan - "LULUS Ya Cikgu"

The post Pencinta Haiwan ‘Naik Angin’ Lihat Ameera Khan Beri Kucing Makan Coklat, Tuan Badan Beri Penjelasan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved