Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Selebriti media sosial ini telah membuatkan orang ramai bengang berikutan dengan tindakannya terhadap kucing miliknya baru-baru ini.
Dalam satu perkongsian, Ameera Khan atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan dilihat telah membiarkan kucingnya menjilat makanan yang mengandungi coklat, yang mana ia dianggap boleh memudaratkan kesihatan kucing.
Artikel berkaitan : “Mak Arab, bapa Pakistani” – Ameera Khan Mengaku Bukan Melayu, Beri Penjelasan Pasal Keluarga
Artikel berkaitan : Selamba Letak Peha Atas Riba, Netizen Gesa Ameera Khan & Kekasih Kahwin Segera
Coklat boleh menyebabkan muntah, jantung berdegup laju, menggigil, sawan dan keracunan yang serius – Netizen
“Serious lah ameera bagi kucing dia makan coklat, kucing tak boleh makan coklat lahhhh. jangan sesekali bagi kucing makan coklat sebab coklat adalah toksik dan boleh jadi racun untuk mereka. Kucing sendiri tak tahu makanan tu bahaya.”
“Coklat boleh menyebabkan muntah, jantung berdegup laju, menggigil, sawan dan keracunan yang serius. Tolong jangan bagi walaupun dia nampak macam suka atau minta.”

Terpanggil dengan kecaman tersebut, adik kepada selebriti Neelofa ini ada tampil memberikan respon terhadap kemarahan dan kebimbangan netizen terhadap nasib kucing peliharaannya itu.

“Ramai yang agak risau tentang kucing saya dan saya faham. Tapi dia cuma makan sedikit sahaja coklat itu dan alhamdulillah, keadaannya baik-baik sahaja.”
“Dia suka coklat sejak kecil lagi, pelik juga sebab dia juga sangat suka aising. Tapi jangan risau, saya tak beri selalu. Dia cuma anak kucing aneh dengan selera yang agak lain,” kata dalam IG story.
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.





