Pencuri Bateri Kereta Kantoi, Tak Jadi Rembat Bateri Sebab Kena Sergah!

LocalCars
8 Oct 2024 • 5:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Tindakan seorang penduduk yang menegur pencuri bateri kereta akhirnya berjaya mengagalkan niat lelaki itu daripada mencuri bateri sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan.

Kejadian berlaku di sebuah kawasan perumahan di Meru Heights, Ipoh baru-baru ini.

Menerusi video dimuat naik pada TikTok Imika Malaysia, kelihatan Proton Iswara berwarna merah diletakkan di tepi jalan dalam kawasan perumahan tersebut.

Kelihatan seorang lelaki yang memakai topi keledar membuka bonet kereta dan menggunakan sejenis alat untuk mengeluarkan bateri kereta tersebut.

image is not available

Bagaimanapun, penduduk itu berjaya membatalkan niatnya selepas ‘terkantoi’ dengan pengguna TikTok tersebut yang menegurnya dari atas balkoni rumah.

“Repair (baiki) apa bang? Motosikal tadi siapa tu, nampak nombor plat tu bang. Tak ada eh, boleh ye. Macam-macam hal sekarang. Tu dia tadi percubaan curi bateri, kawan dia tunggu hujung sana. Jangan buat macam ni ye, nasib baik,” katanya.

Lelaki itu kemudian lantas menutup bonet kereta dan berlari ke arah seorang lagi lelaki yang menaiki motosikal sedang menunggu di hujung jalan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved