“Repair apa bang? – Netizen Puji Cara ‘Lembut’ Abang Ni Tegur Pencuri Bateri Kereta

Entertainment
8 Oct 2024 • 12:02 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Boleh dikatakan penjenayah zaman sekarang sudah tidak takut lagi dengan polis dan orang awam apabila berani melakukan jenayah pada waktu pagi dan di kawasan awam.

Terbaru, tular satu video di X memaparkan seorang lelaki dilihat sedang dalam percubaan untuk mencuri bateri sebuah kereta berwarna merah di kawasan Meru Heights, Ipoh.

Situasi itu telah dirakam oleh seorang lelaki dari sebuah rumah berhadapan dengan kenderaan tersebut, yang mana lelaki itu kemudian bertindak menegur tindakan lelaki bertopi keledar tersebut.

Repair apa bang? Repair apa? Haa jangan bang,” katanya sebelum lelaki yang sedang melakukan jenayah itu melarikan diri.

Pemilik video juga sempat menakut-nakutkan penjenayah dengan mengatakan dia sudah mengetahui nombor plat motosikal lelaki itu dan rakannya yang digunakan untuk mencuri.

Video berkenaan telah menerima pelbagai komen daripada netizen yang memuji perakam video dengan selamba menegur tindakan penjenayah itu sehingga membuatkan individu itu takut dan lari.

Namun ada juga yang berpendapat sebaiknya lelaki itu menghubungi pihak polis supaya jenayah tersebut tidak lagi berulang.

image is not available

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.