Dua lagi pendaki cedera

14 Feb 2025 • 3:33 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Clarence Dol

RANAU: Keadaan licin di Gunung Kinabalu sekali lagi mencabar pendaki apabila dua lagi mangsa cedera ketika mendaki Gunung Kinabalu dalam dua kejadian berasingan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ranau, Mohd Ridwan Mohd Taib berkata, kejadian pertama melibatkan lelaki warga tempatan berusia 27 tahun yang terseliuh buku lali kanan.

Advertisement“Kejadian berlaku di Sick Bay Kilometer 6.4 Gunung Kinabalu kira-kira jam 7.40 pagi Rabu.

“Selepas menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu, sepasukan sembilan pegawai dan anggota diketuai Komander Operasi PBB James Bulangou, termasuk Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung (MoSAR) serta anggota ParkSAR dan APM bergegas ke lokasi kejadian.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Apabila tiba di lokasi, pasukan MoSAR memberikan rawatan awal dan membawa mangsa turun ke Pintu Timpohon menggunakan Pengusung Robinson, sebelum diserahkan kepada pasukan ambulans APM dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ridwan berkata kejadian kedua membabitkan seorang wanita tempatan berusia 32 tahun yang terseliuh buku lali kiri ketika mendaki Gunung Kinabalu pada Khamis.

Advertisement“Panggilan diterima melalui talian balai pada pukul 10.46 pagi memaklumkan seorang pendaki tergelincir dan tidak dapat meneruskan pendakiannya sendiri.

Sekumpulan lapan anggota MoSAR diketuai PBB Feranideh Medi bergegas ke lokasi kejadian.

Advertisement“Setibanya di lokasi, pasukan bersama kakitangan Taman-Taman Sabah memberikan rawatan awal dan membawa wanita itu turun ke Pintu Timpohon menggunakan kaedah ‘piggyback carry’.”

“Mangsa kemudian diserahkan kepada pasukan ambulans Kementerian Kesihatan untuk dihantar ke hospital bagi rawatan lanjut. Operasi tamat pada jam 3.03 petang,” katanya.

Menurut Ridwan, kes pada Rabu dan Khamis itu menjadi kes keempat dan kelima bagi Februari tahun ini, dan kes ke-8 dan 9 bagi 2025. Pada Januari, empat pendaki mengalami pelbagai kecederaan ketika mendaki Gunung Kinabalu.