Pendaki Hilang Di Gunung Batu Putih: Risiko Diserang Haiwan Buas, Tergelincir Rendah

LocalSports
31 May 2026 • 5:27 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Risiko pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih sejak Sabtu lalu dipercayai rendah untuk berdepan insiden diserang haiwan buas atau tergelincir.

Risiko rendah serangan haiwan buas

Image from: Pendaki Hilang Di Gunung Batu Putih: Risiko Diserang Haiwan Buas, Tergelincir Rendah

Memetik laporan Harian Metro, malim gunung, Muzafar Mohamad, berkata penilaian itu dibuat berdasarkan pengalaman beliau yang kerap mendaki di kawasan berkenaan, selain mengenali keadaan serta bentuk muka bumi gunung tersebut.

Menurutnya, selepas lebih seminggu kehilangan Jaslinda, aspek ketahanan mental dan fizikal kini menjadi faktor paling penting dalam usaha mangsa untuk terus bertahan.

“Berhubung ikhtiar hidup, Jaslinda pengalaman lebih 10 tahun dalam ilmu pendakian mungkin memberikan kelebihan kepada dirinya,” katanya ketika ditemui di Pusat Kawalan Bomba (PKB) bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Surau At-Taqwa, Stesen Janakuasa Sultan Idris II Kuala Woh.

Image from: Pendaki Hilang Di Gunung Batu Putih: Risiko Diserang Haiwan Buas, Tergelincir Rendah

Muzafar turut menjelaskan bahawa beberapa petunjuk yang ditemui sebelum ini, termasuk botol air, kesan jejak dan makanan, berpotensi membantu pasukan SAR mengesan lokasi mangsa.

Beliau berkata, dalam situasi yang sukar diramalkan seperti ini, operasi pencarian memerlukan pelbagai maklumat dan input, termasuk daripada malim gunung serta pendaki lain yang mempunyai pengalaman di laluan tersebut.

Artikel lain: Jejak Tapak Kasut Jadi Petunjuk Baharu SAR Pendaki Wanita Hilang

Jaslinda dilaporkan hilang ketika menyertai ekspedisi pendakian Trans Spencer Chapman di Gunung Batu Putih bersama 13 pendaki lain dan dua malim gunung.

Sebelum kejadian, mangsa yang mengalami kecederaan pada kaki difahamkan berehat di Kem Batu Core bersama seorang pendaki lelaki yang berdepan masalah pernafasan serta seorang malim gunung.

Namun, Jaslinda kemudiannya gagal dikesan selepas dipercayai meneruskan perjalanan menuju ke puncak gunung berkenaan.

Sumber: Harian Metro (Rosman Shamsudin

The post Pendaki Hilang Di Gunung Batu Putih: Risiko Diserang Haiwan Buas, Tergelincir Rendah appeared first on Borak Daily.

View Original Article