Pendaki Hilang: Dron Digunakan Bantu Pasukan SAR

29 May 2026 • 3:45 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Pendaki Hilang: Dron Digunakan Bantu Pasukan SAR

Pendaki Hilang: Dron Digunakan Bantu Pasukan SAR

IPOH, 29 Mei (Bernama) -- Pesawat udara kawalan jauh tanpa juruterbang atau dron digunakan hari ini, bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita yang hilang selepas mendaki Gunung Batu Putih dekat Tapah, sejak 23 Mei.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata seorang pengendali dron, turut dihantar bersama pasukan penyelamat hari ini ke lokasi SAR.

“Pengendali dron dihantar bagi tujuan kerja-kerja pengawasan dan pencarian di lokasi melibatkan cerun, tebing dan lokasi yang sukar dimasuki pasukan penyelamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata jumlah anggota penyelamat yang dihantar menerusi pesawat AW139 ke lokasi SAR hari ini seramai 16 orang, manakala jumlah pasukan penyelamat dibawa keluar ialah 19 orang daripada JBPM, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Malim Gunung Perhutanan (MGP), yang masuk pada Rabu lepas.

Selain itu, Sabarodzi berkata SAR hari ini turut melibatkan pergerakan pasukan PGA dan MGP, yang masuk melalui jalan darat di Pos Musoh menuju ke Sungai Ayer Busok melibatkan keanggotaan seramai 18 orang.

Sabarodzi berkata pasukan SAR perlu menempuh laluan sempit dan berliku sepanjang pencarian.

Baca juga:

Semalam, Pengarah JBPM Perak Sayani Saidon memaklumkan SAR akan memberi tumpuan sekitar jajaran Sungai Ayer Busok, dipercayai menjadi laluan mangsa untuk mendapatkan sumber air.

Sebelum ini, pendaki wanita Jaslinda Saludin, 49, dilaporkan bersama 13 lagi individu dan dua MGP memulakan pendakian Trans Spencer Chapman pada 2 pagi, 23 Mei melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.

Jaslinda dan seorang lagi pendaki Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti, bagaimanapun Jaslinda dilaporkan meneruskan perjalanan ke puncak gunung dan kali terakhir dilihat oleh MGP pada, 24 Mei (7.30 pagi).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved