Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang ketika mendaki Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu kini memasuki fasa kritikal selepas mangsa gagal ditemui melebihi tempoh 72 jam.
Pencarian tertumpu sekitar jajaran sungai
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, operasi SAR masih diteruskan secara agresif dengan penambahan anggota serta peluasan kawasan pencarian, termasuk ke lokasi yang dipercayai berpotensi menjadi laluan mangsa mendapatkan sumber makanan dan air.
Advertisement
Menurutnya, pasukan penyelamat kini memberi tumpuan di sekitar jajaran Sungai Ayer Busok kerana dipercayai kawasan itu mungkin menjadi lokasi utama mangsa mencari sumber air untuk terus bertahan.
Kita boleh katakan ketika ini sudah memasuki tempoh kritikal, namun berdasarkan pengalaman dimiliki mangsa, kita percaya dia masih mampu bertahan sementara operasi SAR diteruskan.

Akan cuba cari punca air
Seramai 36 anggota daripada JBPM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) digerakkan di kawasan Kem Sukaneka dan Gunung Rayu hari ini.
Operasi itu turut dibantu Pasukan Gerak Am (PGA), Jabatan Perhutanan serta Malim Gunung Perhutanan (MGP).
Kita juga percaya mangsa akan cuba mencari punca air untuk kelangsungan hidup dan berkemungkinan besar bergerak ke arah Sungai Ayer Busok yang terletak berhampiran Gunung Batu Putih.
Katanya lagi, pihak bomba turut membuka satu ‘winching point’ di Kem Salai Matahari dengan keluasan kira-kira 100 kaki persegi bagi memudahkan tindakan sekiranya operasi menggunakan pesawat udara diperlukan.

Pembukaan lokasi baharu itu bertujuan mempercepatkan pergerakan keluar masuk pasukan penyelamat kerana dua ‘winching point’ sedia ada di Puncak Bukit Batu Putih dan Puncak Bukit Berapit 2 mengambil masa perjalanan yang agak jauh ke kawasan pencarian.
Keadaan muka bumi yang curam dan berbukit menjadi antara cabaran utama pasukan SAR, selain perjalanan ke beberapa lokasi pencarian yang mengambil masa antara tujuh hingga lapan jam.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Anggota STORM Kongsi Detik Penemuan Jasad Nur Izzati Humaira - "Suasana Bertukar Jadi Sebak..."
The post Operasi SAR Masuk Fasa Kritikal Lepas 72 Jam Hilang, Bomba Yakin Jaslinda Dapat Bertahan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
