Pendaki wanita cedera leher

8 May 2025 • 1:37 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Clarence Dol

RANAU: Pasukan penyelamat bertindak pantas untuk membantu seorang wanita tempatan berusia 42 tahun yang terjatuh dan mengalami kecederaan di bahagian leher ketika menuruni Gunung Kinabalu pada Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau baharu, PPgB Rantey Fred berkata, kejadian berlaku sekitar jam 8.30 pagi di KM6 laluan pendakian.

“Ketika pasukan kami tiba di lokasi, kami menemui seorang pendaki wanita yang terjatuh semasa turun dari Laban Rata dan mengalami kecederaan pada bahagian leher.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Anggota PPB MoSAR segera memberi rawatan awal kepada mangsa dengan memasang C-Collar pada leher dan tengkuknya. Mangsa kemudiannya dibawa turun menggunakan kaedah Robinson Stretcher ke Pintu Timpohon,” katanya.

Menurut Rantey, kumpulan penyelamat tiba di Pintu Timpohon sekitar jam 12.45 tengah hari dan menyerahkan wanita itu kepada pihak ambulans KKM untuk dihantar ke hospital bagi rawatan lanjut. Beliau memaklumkan kes pada Rabu itu merupakan kes pertama bagi Mei tahun ini, dan kes ke-17 bagi 2025.