Pendaki wanita pengsan di Gunung Baling

LocalHealth & Fitness
22 Aug 2026 • 6:41 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pendaki wanita pengsan di Gunung Baling

BALING – Seorang wanita berjaya diselamatkan anggota bomba setelah mengalami sesak nafas sebelum jatuh dan pengsan ketika mendaki Gunung Baling, kira-kira pukul 11.58 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata, sebaik anggotanya menerima panggilan kejadian kecemasan tersebut, lapan anggota dari BBP Baling bergegas ke lokasi kejadian untuk menyelamat mangsa.

“Apabila tiba di lokasi didapati mangsa berada dalam keadaan lemah dan pengsan,”kata Zulkhairi.

Menurutnya, wanita yang bekerja di sebuah kilang di Kulim itu dipercayai mendaki di Gunung Baling bersama enam rakannya dan dipercayai terjatuh pada ketinggian 2.5 kilometer dari stesen bawah gunung berkenaan.

“Kerja-kerja membawa turun mangsa sedang dilakukan yang kini sudah hampir empat jam dengan bantuan daripada rakan-rakan mangsa.

“Anggota bomba turut menghadapi kesukaran membawa turun mangsa menggunakan pengusung disebabkan laluan berbatu dan curam dan operasi masih berjalan di lokasi kejadian di Gunung Baling.

“Kejadian ini adalah kes kedua membabitkan mangsa jatuh dari Gunung Baling, kes pertama pada 8 Ogos lalu. Dalam tempoh lapan bulan ini, ada lima kes membabitkan mangsa pengsan, jatuh dan sesak nafas iaitu dua di Gunung Baling, dua kes di Gunung Pulai dan satu kes di Gunung Inas,”katanya-KOSMO! ONLINE

The post Pendaki wanita pengsan di Gunung Baling appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved