Pendakwah kontroversi Zamri Vinoth dijangka didakwa hari Ini

LocalPolitics
16 Mar 2026 • 8:31 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR – Pendakwah kontroversi Zamri Vinoth dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pada jam 8.30 pagi ini susulan mesej tular di WhatsApp yang menggesa penyokongnya hadir memberi sokongan.

Zamri disiasat berhubung kenyataan berbaur perkauman yang didakwa menyasarkan komuniti India serta kenyataan berkaitan perhimpunan pada 7 Februari mengenai isu kuil tanpa kebenaran. Bagaimanapun, butiran pertuduhan khusus masih belum diperoleh setakat ini.

Malam tadi, peguam Zamri, Haniff Khatri Abdulla, mengesahkan anak guamnya berkemungkinan besar akan didakwa hari ini, namun beliau masih menunggu pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara Mohd Khalid Ismail memaklumkan polis sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Thailand bagi mengesan dan membawa pulang Zamri serta aktivis Tamim Dahri Abdul Razak.

Tamim turut dikehendaki polis atas dakwaan merosakkan soolam, simbol suci dalam agama Hindu.

Jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman maksimum penjara dua tahun, denda, atau kedua-duanya sekali. - 16 Mac, 2026

The post Pendakwah kontroversi Zamri Vinoth dijangka didakwa hari Ini appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved