Zamri Vinoth, Arun Dorasamy Didakwa Esok

LocalPolitics
16 Mar 2026 • 7:05 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

KUALA LUMPUR - Penyelaras Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) Zamri Vinoth dan aktivis Arun Dorasamy masing-masing akan didakwa esok di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur dan Mahkamah Majistret Jawi, Pulau Pinang.

Zamri Vinoth akan dituduh berhubung perhimpunan yang dirancang di hadapan sebuah kompleks beli-belah di ibu negara pada 7 Februari lepas manakala Arun berkaitan kenyataan yang didakwa berbaur hasutan dan menyentuh isu agama, kaum dan institusi diraja.

Berdasarkan semakan sistem mahkamah, pertuduhan terhadap Zamri Vinoth akan dibacakan di hadapan Majistret Faezahnoor Hassan pada 9 pagi.

Sementara itu, peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili Zamri Vinoth ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

Media sebelum ini melaporkan, siasatan terhadap penceramah bebas itu berhubung kenyataannya pada perhimpunan itu pada 7 Februari lepas telah dirujuk kepada Pejabat Jabatan Peguam Negara (AGC).

AGC kemudian mengeluarkan arahan pertuduhan melibatkan Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan iaitu kenyataan yang mendatangkan khianat awam dengan niat hendak menyebabkan atau mungkin menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam.

Pada 13 Mac lepas, Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail mengesahkan Zamri Vinoth telah melarıkan diri ke Thailand.

Beliau berkata usaha mengesan individu terbabit giat dijalankan dengan bantuan pihak berkuasa Thailand.

Sementara itu, Arun ketika dihubungi mengesahkan akan didakwa di bawah Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan. - BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved