Pendapatan Asteel naik 11% kepada RM64.2 juta bagi 1QFY26, kembali untung dipacu jualan produk gegelung

LocalBusiness & Finance
8 May 2026 • 6:00 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Pendapatan Asteel naik 11% kepada RM64.2 juta bagi 1QFY26, kembali untung dipacu jualan produk gegelung Image from: Pendapatan Asteel naik 11% kepada RM64.2 juta bagi 1QFY26, kembali untung dipacu jualan produk gegelung amree08/05/2026 - 18:00 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 8 MeiAsteel Group Berhad berjaya mencatatkan peningkatan pendapatan ketara kira-kira 11% kepada sebanyak RM64.2 juta bagi tempoh suku pertama berakhir pada 31 Mac 2026.


Menurut kumpulan itu, hasil kali ini adalah lebih baik berbanding RM57.5 juta dilaporkan pada suku yang sama tahun sebelumnya, dengan kembali melaporkan keuntungan bersih sebanyak RM275,000.


Jumlah bagi 1QFY26 tersebut naik kira-kira 595% berbanding kerugian bersih yang mencecah sebanyak RM56,000 dicatatkan oleh syarikat berkenaan pada tempoh suku sama tahun sebelumnya (1QFY25).


"Peningkatan prestasi ini didorong terutamanya oleh volum jualan produk gegelung yang lebih tinggi serta peningkatan pendapatan daripada segmen bahan binaan," maklum Asteel kepada Bursa Malaysia.


Selain itu, keuntungan sebelum cukai (PBT) turut didapati melonjak kira-kira 122% kepada RM0.57 juta berbanding RM0.25 juta dicatatkan pada 1QFY25, selaras dengan pendapatan yang lebih tinggi.


Walaupun hasil 17% berbanding 4QFY25, syarikat kembali mencatatkan keuntungan hasil daripada margin untung kasar yang baik serta ketiadaan peruntukan kemerosotan nilai penghutang perdagangan.


Asteel menyatakan keyakinan terhadap prospek bagi FY26, disokong oleh pelaksanaan banyak projek infrastruktur utama negara ini di bawah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK-13) dan Belanjawan 2026.


"Pengembangan pusat data (DC) berskala besar di Johor dan Selangor dijangka terus mengekalkan permintaan terhadap produk keluli struktur dan bumbung kumpulan ini," jelasnya dalam makluman itu.


Bagaimanapun, kumpulan tetap berwaspada terhadap ketegangan di Timur Tengah yang sudah menyebabkan kenaikan kos bahan api, gangguan logistik global, serta tekanan terhadap harga keluli di pasaran.


Di samping itu, Asteel akan terus menguruskan strategi perolehan dan harga secara aktif bagi melindungi margin keuntungan kumpulan sepanjang baki tahun kewangan ini. - DagangNews.com

Terkini standard