Pendapatan Terjejas, M40 Boleh Buat Rayuan Bantuan Setiap Hari - MoF

LocalBusiness & Finance
19 Oct 2026 • 1:46 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Pendapatan Terjejas, M40 Boleh Buat Rayuan Bantuan Setiap Hari - MoF

Isi rumah dalam kategori M40 yang kehilangan pekerjaan atau mengalami kemerosotan pendapatan boleh membuat rayuan bagi mendapatkan bantuan bersasar sekiranya kedudukan kewangan mereka berubah.

Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong berkata, rayuan boleh dikemukakan setiap hari bagi membolehkan kelayakan bantuan dinilai semula berdasarkan keadaan kewangan semasa pemohon.

Menurutnya, pendekatan itu membolehkan penerima bantuan mengemukakan rayuan sekiranya status kewangan mereka berubah berbanding rekod pendapatan terdahulu.

“Rayuan dibuka setiap hari. Setiap penerima bantuan boleh membuat rayuan kalau status sedia ada telah berubah dan mereka boleh buat rayuan setiap hari," katanya.

M40 Boleh Buat Rayuan Bantuan Setiap Hari

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Adnan Abu Hassan di Dewan Rakyat pada Isnin.

Beliau menjawab persoalan mengenai mekanisme yang disediakan kerajaan bagi memastikan isi rumah M40 yang kehilangan pekerjaan atau mengalami kemerosotan pendapatan tidak tercicir daripada menerima bantuan bersasar.

Baca juga:

Dalam pada itu, Liew turut berkata kerajaan berhasrat memperluas golongan kelas pertengahan supaya jumlahnya pada masa hadapan melebihi kumpulan berpendapatan rendah atau B40.

Menurutnya, antara cabaran negara ketika ini ialah saiz golongan kelas pertengahan yang masih lebih kecil berbanding kumpulan B40.

Justeru, kerajaan berusaha memastikan golongan berpendapatan sederhana turut mendapat manfaat daripada pelbagai inisiatif yang disediakan, khususnya ketika berdepan tekanan kos sara hidup.

"Apa sebenarnya masalah kita adalah, kelas pertengahan lebih kurang daripada B40. Apa hasrat kerajaan adalah satu hari nanti kita ada kelas pertengahan yang lebih besar daripada B40," ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved