Insentif Mahasiswa Anak Johor Sesi 3 2026 – Syarat & Permohonan

LocalPersonal Finance
19 Oct 2026 • 11:25 AM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Permohonan Bantuan Mahasiswa Anak Johor sesi 3 sebanyak RM200 dibuka bermula 15 hingga 28 Oktober 2026 kepada mahasiswa yang layak dan permohonan boleh dibuat menerusi https://eypj.ypj.gov.my/applicant/login.

Bantuan ini terbuka kepada semua semester pengajian dan tanpa syarat pendapatan keluarga bagi membantu meringankan beban pelajar yang sedang melanjutkan pengajian.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang bantuan Mahasiswa Anak Johor ini untuk makluman bersama.

Image from: Insentif Mahasiswa Anak Johor Sesi 3 2026 – Syarat & Permohonan

Apa Itu Insentif Mahasiswa Anak Johor?

Insentif Mahasiswa Anak Johor (IMAJ) adalah bantuan pendidikan oleh Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) yang disediakan khusus kepada Mahasiswa Anak Johor yang sedang melanjutkan pengajian di institusi pengajian dalam negara.

Bantuan tunai ini diberikan secara one-off sebanyak RM200.00 kepada setiap Mahasiswa Anak Johor seluruh Malaysia.

Ia merupakan sebuah inisiatif Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Pelajaran Johor (YPJ), selaras dengan objektif YPJ yang bertujuan untuk kekal aktif menaja dan memberi bantuan kewangan serta peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dalam kalangan anak negeri Johor.

Bantuan ini terbuka kepada pelajar:

  • Sijil
  • Asasi
  • Matrikulasi
  • Diploma
  • Ijazah Sarjana Muda

Tarikh Permohonan

Permohonan Bantuan Insentif Mahasiswa Anak Johor sesi 3 2026 ini dibuka bermula 15 hingga 28 Oktober 2026.

Jumlah Insentif

Bantuan ini berjumlah RM200 dan diberikan secara one-off tanpa mengira pendapatan keluarga dan terbuka kepada pelajar di semua semester.

Syarat Permohonan

Berikut ialah syarat permohonan Bantuan Mahasiswa Anak Johor 2026:

  1. Lahir dan (Mykad) beralamat di negeri Johor atau Lahir luar Johor tetapi (Mykad) beralamat di negeri Johor
  2. Peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda
  3. Tiada Had Tahun Pengajian
  4. Permohonan hanya terbuka kepada pelajar yang belum menerima Bantuan IMAJ 2026
  5. IPTA: Universiti / Politeknik / Kolej / Institusi (Rujuk senarai MQA)
  6. IPTS: Universiti (Rujuk senarai MQA) dan IPTS Kerajaan Negeri Johor (Kolej Kemahiran Johor / Kolej Universiti YPJ / KUIJSI)
  7. Tiada syarat had pendapatan keluarga.

Cara Mohon Bantuan Mahasiswa Anak Johor

Permohonan Bantuan Insentif Mahasiswa Anak Johor 2026 boleh dilakukan di sesawang Bantuan Pelajaran YPJ https://eypj.ypj.gov.my/applicant/login.

Rujuk cara memohon di bawah:

  1. Scan QR di dalam poster atau terus layari portal rasmi Bantuan Pelajaran YPJ di https://eypj.ypj.gov.my/applicant/login. untuk mengisi borang permohonan.
  2. Lengkapkan maklumat yang diperlukan di borang permohonan.
  3. Muat naik dokumen yang diperlukan seperti:
    • Kad pengenalan pelajar
    • Kad pelajar
    • Tawaran Surat IPT
    • Salinan Penyata Nombor Akaun Bank Pelajar
  4. Baca Terma & Syarat, kemudian tandakan kotak persetujuan dan pengesahan.
  5. Klik “Hantar Permohonan”.

Terma & Syarat

Kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada terma dan syarat berikut:

  • Kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada kuota penerima dan peruntukan tahunan yang telah ditetapkan oleh YPJ.
  • YPJ berhak menolak atau tidak meluluskan mana-mana permohonan sekiranya kuota penerima atau peruntukan tahunan telah mencapai had yang ditetapkan.

Soalan Lazim

Apakah itu Bantuan One-Off Insentif Mahasiswa Anak Johor atau IMAJ?

Bantuan Anak Mahasiswa Johor ialah bantuan RM200 secara one-off kepada Mahasiswa Anak Johor melalui melalui Yayasan Pelajaran Johor (YPJ.

Berapakah jumlah insentif yang akan diberikan?

Jumlah insentif yang akan diberikan adalah sebanyak RM200.

Bilakah tempoh permohonan insentif ini dibuka?

Tempoh permohonan dibuka mulai 15 hingga 28 Oktober 2026.

Siapakah yang layak memohon?

– Warganegara Malaysia yang lahir di Johor (Kod kad pengenalan 01).
– Jika lahir di luar Johor, ibu atau bapa mestilah lahir di Johor ATAU telah bermastautin di Johor melebihi 10 tahun (perlu pengesahan Ketua Kampung/Penghulu).
– Sedang belajar sepenuh masa di IPT yang diiktiraf oleh MQA dan kerajaan Malaysia.

Jika saya dilahirkan di Johor tetapi tidak mempunyai alamat tetap di Johor, adakah saya boleh memohon?

Tidak. Pemohon mestilah dilahirkan di Johor dan mempunyai alamat tetap di Johor (MyKad) atau
Dilahirkan di luar Johor tetapi mempunyai alamat tetap di Johor

Pelajar di IPT manakah yang layak untuk memohon?

– IPTA
– IPTS di bawah Kerajaan Negeri Johor
– IPTS berstatus Universiti sahaja (diiktiraf MQA)
– Kolej Matrikulasi

Bagaimanakah cara untuk memohon insentif ini?

Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://eypj.ypj.gov.my/applicant/login.

Apakah dokumen yang wajib disediakan?

Pastikan anda mempunyai salinan digital (PDF/JPEG) dokumen berikut untuk dimuat naik:
– Salinan Kad Pengenalan Pelajar;
– Salinan Penyata Nombor Akaun Bank Pelajar;
– Surat Tawaran Institusi;
– Salinan Kad Pelajar;

Image from: Insentif Mahasiswa Anak Johor Sesi 3 2026 – Syarat & Permohonan

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Insentif Mahasiswa Anak Johor, sila rujuk laman web YPJ iaitu https://ypj.gov.my/.

    Newswav Malaysia Best News App

    Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

    Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved