Pendatang baharu kejutkan bekas juara Bundesliga

FootballSports
31 Aug 2026 • 10:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pendatang baharu kejutkan bekas juara Bundesliga

BERLIN – Pendatang baharu, Elversberg mencipta kisah dongeng apabila melakar kejutan terbesar pada aksi pembukaan Bundesliga selepas menewaskan Bayer Leverkusen dengan keputusan 3-2, awal pagi semalam.

Dalam penampilan sulung dalam saingan liga tertinggi Jerman, Elversberg tampil tanpa rasa gentar apabila meledak tiga gol menerusi Lukas Petkov, Cole Campbell dan David Mokwa untuk pasukan mendahului 3-0.

Leverkusen cuba bangkit menerusi jaringan Patrik Schick dan Christian Kofane pada penghujung perlawanan, namun belum cukup untuk menghalang Elversberg daripada mencipta kemenangan bersejarah.

Kapten Elversberg, Lukas Pinckert mengakui sangat gembira bantu pasukan memulakan kempen dengan langkah kanan terutama apabila pekan ini hanya diduduki sekitar 13,000 penduduk sahaja.

“Ini adalah perlawanan yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Kami bekerja keras untuk mendapatkan slot automatik beraksi dalam Bundesliga ini.

“Justeru, kemenangan ini memang layak kami raih dan saya sangat bangga dengan rakan-rakan sepasukan,” kata Pinckert. – AGENSI

 

The post Pendatang baharu kejutkan bekas juara Bundesliga appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved