Pendatang tanpa izin didenda RM10,000

7 Aug 2025 • 12:37 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Samantha Sulit

Kota Kinabalu: Seorang lelaki berumur 40 tahun didenda RM10,000 atau dipenjara 12 bulan sekiranya gagal membayar denda itu kerana tinggal lebih masa di negeri ini selama lima tahun.

Anas Sudirman mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Hurman Hussain pada Rabu.

Dia ditangkap di Sook, Keningau pada 24 Jun tahun ini dan pas kerja sementara miliknya didapati telah tamat tempoh pada 4 Jun 2020.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Kesalahan itu mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 itu membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda minimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Semasa mitigasi, Anas merayu hukuman ringan dan agar dihantar pulang secepat mungkin.

Pegawai Pendakwa Imigresen, Chin Tze Mee tampil untuk pendakwaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved