
TAWAU: Polis menahan seorang pendatang tanpa izin (PTI) berumur 37 tahun yang mengamuk sambil mengacukan sebilah pisau, disyaki di bawah pengaruh dadah, di Kampung Batu 4 Jalan Apas di sini, awal Selasa.
Insiden yang mengganggu suasana tenang di kampung berkenaan, dilaporkan kepada polis kira-kira jam 12.55 pagi sebelum sepasukan polis menjalankan operasi mengesan dan menangkap suspek.
Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin berkata suspek ditahan selepas dilihat di luar rumahnya sedang memegang sebilah pisau tajam sepanjang 24.5 sentimeter.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Suspek dibawa ke Balai Polis Tawau untuk siasatan lanjut, termasuk ujian saringan awal air kencing terhadap suspek untuk menentukan kemungkinan adanya pengaruh dadah.
Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan berkaitan ugutan jenayah dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 berikutan kegagalan mengemukakan dokumen pengenalan diri.
Jasmin mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan segera melaporkan kejadian mencurigakan atau perbuatan jenayah kepada pihak berkuasa demi keselamatan bersama.
Laporan mengenai warga asing membawa pisau dan parang di tempat awam turut dilaporkan di Sandakan dan tempat lain awal tahun ini.


