
SEMPORNA: Sekumpulan orang dipercayai pendatang tanpa izin (PTI) terjun ke laut bagi mengelak dicekup pasukan keselamatan, di sini, pada Jumaat.
Video berdurasi 39 saat kejadian itu menjadi tular selepas seorang pengguna Facebook memuat naiknya kira-kira jam 10 pagi.
Dipercayai individu terbabit nekad terjun ke dalam ke dalam air kerana operasi dijalankan di kawasan berkenaan.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Video itu juga menunjukkan ada antara mereka yang berenang dan ada yang menaiki bot sebelum melarikan diri.
Mengulas video itu, kebanyakan netizen menyokong tindakan menghalau PTI manakala ada yang mengatakan tindakan mereka melarikan diri daripada operasi itu bermakna mereka telah melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang.
Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Datuk Sitti Saleha Habib Yusoff ketika dihubungi berkata, operasi itu diketuai Pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dan dibantu pihaknya dalam operasi membanteras pendatang tanpa izin.

