Pendedahan video: SPRM rakam lebih 10 keterangan saksi termasuk Jeffrey

LocalPolitics
1 Oct 2025 • 1:24 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah merekodkan keterangan Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Jeffrey Kitingan bagi membantu siasatan berkaitan pendedahan video terbaharu oleh ahli perniagaan Albert Tei.

Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki, lebih 10 keterangan saksi sudah diambil termasuk daripada Jeffrey dan beberapa pegawainya.

SPRM juga, katanya akan dihubungi untuk proses mengambil keterangan, lapor Bernama.

“Albert Tei juga akan dihubungi untuk diambil keterangan. Selain itu, saksi lain akan terus dipanggil. Saya dimaklumkan ada video baharu yang disiarkan portal tertentu dan ia akan diteliti berdasarkan keterangan yang diperoleh,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Ulang Tahun SPRM ke-58 di Puspanita Puri, di sini hari ini.

SPRM pada bulan lepas mengesahkan sudah membuka kertas siasatan berhubung pendedahan video berkenaan yang disiarkan dalam satu portal dalam talian.

Portal itu mendedahkan video perbualan seorang ahli perniagaan dengan Jeffrey berhubung dakwaan wujud unsur rasuah dalam isu permohonan lesen cari gali mineral.

Azam sebelum ini dilaporkan berkata SPRM Sabah diarahkan memperluas siasatan berdasarkan maklumat baharu dengan memanggil kedua-dua individu berkenaan bagi melengkapkan siasatan. - 1 Oktober, 2025

The post Pendedahan video: SPRM rakam lebih 10 keterangan saksi termasuk Jeffrey appeared first on Scoop.