Pendekatan berhemah dalam perbelanjaan awam pastikan sumber negara diurus secara berkesan - Agong

LocalPolitics
31 Mar 2026 • 3:31 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Anwar di Istana Bukit Tunku. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah bahawa pendekatan berhemah dalam perbelanjaan awam adalah penting bagi memastikan sumber negara diurus secara cekap dan berkesan.

Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Selasa, Seri Paduka Baginda bertitah bahawa pendekatan itu penting terutama dalam menghadapi cabaran ekonomi global yang tidak menentu ketika ini.

"Seri Paduka Baginda turut mengambil maklum langkah berjimat yang dilaksanakan kerajaan dalam usaha memperkukuh kedudukan kewangan negara,” menurut hantaran itu.

Hantaran itu memaklumkan Sultan Ibrahim bertitah demikian semasa berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Tunku di sini.

Hadir sama, Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Raja Nushirwan Zainal Abidin serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Kamadjaja Aziz.

Menurut hantaran itu, Seri Paduka Baginda juga berkenan dipersembahkan taklimat mengenai perkembangan semasa ekonomi dan keselamatan negara, selain taklimat kos sara hidup serta langkah yang diambil kerajaan bagi memastikan pertumbuhan ekonomi kekal mampan.

Selain itu, taklimat turut menyentuh aspek keselamatan negara meliputi keselamatan dalam negeri, kawalan sempadan serta kesiapsiagaan pasukan keselamatan.

Hantaran itu memaklumkan sesi taklimat berkenaan mencerminkan keprihatinan Seri Paduka Baginda terhadap perkembangan semasa negara. - Bernama

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved