Pendekatan bersama ASEAN wujud ekosistem digital selamat

WorldTechnology
10 Sep 2026 • 4:19 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pendekatan bersama ASEAN wujud ekosistem digital selamat

KUALA LUMPUR – Negara-negara ASEAN perlu mempunyai pendekatan bersama dalam mengawal selia kecerdasan buatan (AI) bagi mewujudkan ekosistem digital serantau yang lebih tersusun, inovatif dan selamat.

Penasihat Kanan (Operasi) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zurkarnain Mohd. Yasin berkata, penyelarasan antara badan pengawal selia di rantau ini penting untuk memastikan setiap negara mempunyai kefahaman yang seiring dalam menangani perkembangan teknologi AI.

“Jadi saya rasa inilah jalan ke depan apabila kita bercakap mengenai satu bahasa yang orang faham, satu ‘denominator’ (persamaan) yang dapat menggabungkan semua negara ASEAN, terutamanya apabila bercakap mengenai penggabungan (teknologi),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada persidangan M360 ASEAN 2026 di Grand Hyatt Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Zurkarnain berkata, pembinaan ekosistem bersama bukan hanya melibatkan badan pengawal selia, malah memerlukan kerjasama industri memandangkan penggunaan AI merentasi pelbagai sektor meliputi pendidikan, kesihatan dan kewangan.

Menurut beliau, pendekatan kawal selia juga perlu bersesuaian dengan risiko serta mengambil kira skop dan tanggungjawab pihak yang terlibat.

Katanya, penyelarasan sedemikian turut penting bagi memberikan jaminan kepada pelabur mengenai dasar dan undang-undang.

“Daripada perspektif pelabur, apa yang mereka cari daripada pengawal selia adalah jaminan. Tanpa jaminan tersebut, ada cabaran bagi mereka untuk berinovasi,” ujarnya.

Katanya, usaha membangunkan ekosistem digital ASEAN yang dikongsi bersama akhirnya perlu memberi nilai kepada semua pihak termasuk pengguna, pelabur dan pengawal selia, selain membina kepercayaan terhadap penggunaan di rantau ini. – KOSMO! ONLINE

The post Pendekatan bersama ASEAN wujud ekosistem digital selamat appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved