Pendidikan demi masa depan! Pelajar baharu IPTA layak terima bantuan RM500 tiket penerbangan

17 Sep 2026 • 9:41 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelajar baharu Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang layak bagi sesi kemasukan September atau Oktober ini bakal menerima Bantuan Khas Pembelian Tiket Penerbangan domestik secara sekali beri (one-off) bernilai RM500 setiap seorang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan khas itu antara beberapa ikhtiar penting kerajaan bagi meringankan beban rakyat, selain memperkukuh hubungan antara kerajaan Persekutuan dengan Sabah dan Sarawak.

“Alhamdulillah, dalam Amanat Hari Malaysia, saya mengumumkan beberapa ikhtiar penting demi meringankan beban rakyat serta memperkukuh hubungan antara kerajaan Persekutuan dengan Sabah dan Sarawak.
“Antaranya termasuk hak pemberian khas untuk Sarawak, penambahbaikan ikhtiar BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) untuk rakyat serta Bantuan Khas Pembelian Tiket Penerbangan secara sekali beri (one-off) kepada setiap pelajar baharu IPTA yang layak,” katanya dalam hantaran di Facebook, semalam.

Image from: Pendidikan demi masa depan! Pelajar baharu IPTA layak terima bantuan RM500 tiket penerbangan

Sebelum ini, Anwar menerusi ucapan pada Sambutan Hari Malaysia 2026 peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), malam tadi, mengumumkan beberapa inisiatif kerajaan termasuk berkaitan hak pemberian khas untuk Sarawak serta penambahbaikan kemudahan pemindahan kelayakan BUDI Diesel.

Di bawah penambahbaikan itu, pemilik berdaftar yang layak menerima BUDI Diesel dibenarkan memindahkan kelayakan berkenaan kepada maksimum tiga individu yang benar-benar menggunakan kenderaan terbabit.

Image from: Pendidikan demi masa depan! Pelajar baharu IPTA layak terima bantuan RM500 tiket penerbangan

Kemudahan berkenaan berkuat kuasa serta-merta.

Anwar berkata, langkah itu antara usaha kerajaan memastikan manfaat kemajuan negara dapat dinikmati semua lapisan masyarakat, di samping memperkukuh hubungan antara kerajaan Persekutuan dengan Sabah dan Sarawak.

Image from: Pendidikan demi masa depan! Pelajar baharu IPTA layak terima bantuan RM500 tiket penerbangan

“Ikhtiar ini turut memaknai semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai waad nasional yang mesti terus diterjemahkan melalui penghormatan terhadap hak serta kepentingan Sabah dan Sarawak dalam kerangka Persekutuan.
“Saya dan seluruh pasukan Kerajaan MADANI akan terus bekerja keras memastikan setiap kemajuan negara diterjemahkan kepada manfaat yang dirasai rakyat, supaya Sabah, Sarawak dan Semenanjung terus melangkah bersama menuju kehidupan yang lebih sejahtera dan bermaruah,” katanya lagi.

Sumber: Harian Metro (Mukhriz Mat Husin)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved