Pendingin hawa kereta tiba-tiba meletup, mekanik putus kaki

LocalCars
7 Feb 2026 • 1:07 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang mekanik putus kaki kanan selepas terkena letupan semasa membaikipendingin hawa sebuah kereta jenis Perodua Kancil di sebuah bengkel di Kampung Air Merbo Dalam, Tanah Merah pada Jumaat.Foto:JBPM
image is not available
Seramai tujuh pegawai termasuk anggota telah dikerahkan ke lokasi dan mendapati terdapat kejadian letupan pada sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang berada di dalam bengkel terbabit.Foto:JBPM

TANAH MERAH - [DIKEMAS KINI] Seorang mekanik putus kaki kanan selepas pendingin hawa sebuah kereta jenis Perodua Kancil tiba-tiba meletup di sebuah bengkel di Kampung Air Merbo Dalam di sini pada Jumaat.

Mangsa yang berusia 31 tahun itu dipercayai sedang membaiki pendingin hawa kereta tersebut.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kemahang, Pegawai Bomba Kanan I, Mat Nuri Muhamad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 11.03 pagi dan tiba di lokasi 11.10 pagi.

**media[3427028]**

"Seramai tujuh pegawai termasuk anggota telah dikerahkan ke lokasi dan mendapati terdapat kejadian letupan pada sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang berada di dalam bengkel terbabit.

"Mangsa telah dibawa oleh orang awam ke Hospital Tanah Merah selepas solat Jumaat.

"Pemantauan telah dibuat dan keadaan terkawal serta selamat. Operasi tamat jam 11.40 pagi dan kes diserahkan semula kepada pihak polis," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Asisten Komisioner Mohd Haki Hasbullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit.

Ujarnya, siasatan lanjut masih lagi dijalankan.