
JAKARTA – Penduduk sebuah perkampungan di Kediri, wilayah Jawa Timur menjadi tular apabila dirakam berebut mengutip duit yang dilemparkan di sebuah masjid semasa sambutan Maulidur Rasul, lapor portal berita Lambe Turah.
Kejadian dirakam di sebuah masjid yang tidak dapat dipastikan, baru-baru ini.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan pengurus masjid melemparkan sejumlah wang kertas dan syiling ke udara.
Orang termasuk terutamanya remaja dilihat berebut dan menolak antara satu sama lain demi mengutip duit tersebut.
Rakaman itu mencatatkan lebih 25,900 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Sedekah itu amalan baik tidak mengira di mana pun,” kata seorang netizen. – AGENSI
The post Penduduk berebut duit di masjid semasa Maulidur Rasul appeared first on Kosmo Digital.






