Tangga jejantas pun kena kebas 

28 Aug 2026 • 8:30 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tangga jejantas pun kena kebas 

JAKARTA – Penduduk di Jakarta, Indonesia diselubungi misteri apabila tangga sebuah Jambatan Pejalan Kaki (JPO) tiba-tiba hilang, menyebabkan orang ramai sukar melintas jalan yang sibuk, lapor portal berita Lambe Turah. 

Kejadian berlaku di Jalan Gatot Subroto berhampiran Kompleks Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) dan Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR). 

Pemantauan wartawan IDN Times mendapati jejantas tersebut masih sempurna pada Isnin lalu, sebelum salah satu tangganya hilang semalam. 

Jejantas itu terletak berhampiran dengan kawasan DPR dan MPR, di mana kumpulan penunjuk perasaan berkumpul dan mengadakan demonstrasi. 

Gabenor Jakarta, Pramono Anung berkata, pihaknya akan membaiki JPO yang masih diperlukan oleh masyarakat. 

Masih belum diketahui sama ada kehilangan itu berpunca daripada kumpulan penunjuk perasaan yang menyertai demonstrasi semalam. – AGENSI

The post Tangga jejantas pun kena kebas  appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved